Pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif disukai ramai orang kerana kesederhanaan mereka. Tidak terlalu menonjol di media sosi4l, kehidupan mereka sekeluarga juga tidak selalu dikongsikan.
Sebab itulah ramai peminat yang sentiasa ternanti-nanti perkembangan terbaru mereka.
Dikurniakan cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja, sekejap saja anak mereka telah mencec4h usia setahun pada penghujung Januari yang lepas.
Terbaru, Harris Alif telah memuatnaik beberapa keping foto yang memaparkan suasana ketika sambutan birthday dan majlis akikah Evie.
Intan dan Harris memilih warna merah jambu sebagai tema, mereka sekeluarga tampak serasi di dalam persalinan rona itu. Memang comel sungguh Evie!
Tambah menyerikan majlis adalah dekorasi dengan tewa warna yang sama dengan s3ntuhan ala-ala Alice In Wonderland. Hiasan belon yang menghiasi ruangan nampak cantik dan kek sambutan hari l4hir Evie juga sangat kemas pembuatannya.
Sekadar recap, pasangan ini telah bernik4h pada awal Februari 2021 dengan sekali lafaz di Pejabat agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Biarpun mempunyai jarak usia selama 17 tahun, ia tidak mengh4lang pasangan dua sejoli ini melayari bahtera perkahwinan yang bahagia.
Didoakan semoga keluarga kecil mereka terus dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Buat Evie Khadeeja, happy birthday! Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik, cerdik dan sentiasa membanggakan kedua-dua orang tuamu.
Sumber:HM