BEKAS angg0ta kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mended4hkan anak perempuannya, Harper Seven Beckham malu mempunyai ibu bapa yang terkenal.
Kata Victoria, anak bongsunya itu juga berasa m4lu apabila suaminya, David Berckham menghantarnya ke sekolah dan meminta untuk menaiki bas seperti mana rakan-rakannya yang lain.
Ded4hnya lagi, Harper pernah meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun daripada kereta mewah.
Harper bersama keluarganya.
“David menghantarnya menggunakan kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan.
“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu menaiki bas sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,” katanya.
Victoria mended4hkan perkara itu menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini.
Kata Victoria dia mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh David ketika berbual-bual mengenai anak kesayangannya itu.
Sumber: mStar