Akhirnya Maghribi Selaku Muncul Negara Afrika Yang Pertama Berjaya Ke Separuh Akhir Piala Dunia .

Maghribi menew4skan Portugal 1-0 sekali gus muncul negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain En-Nesyri pada minit ke-26.

Portugal yang ketinggalan cuba b4ngkit dengan meng4sak pasukan lawan namun beberapa percubaan berjaya disel4matkan penjaga gol Maghribi.

Maghribi kemudian terp4ksa beraksi dengan 10 pemain selepas Walid Cheddira yang dimasukkan pada minit ke-65 dilayangkan kad merah tiga minit kemudian selepas menerima kad kuning kedua.

Pada minit ke-97 tandukan pemain pert4hanan Pepe gag4l membuahkah hasil dan kedudukan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.

Perlawanan itu juga menyaksikan bintang sensasi Cristiano Ronaldo beraksi untuk perlawanannya di pentas antarabangsa yang ke-196 menyamai rek0d Bader Al-Mutawa dari Kuwait.

Pemain itu yang pada awalnya duduk di kerusi simpanan, sebelum dimasukkan pada minit ke-51 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Thumama.

Sumber: Bernama