Anda masih ingat lagi dengan Siti Eja pelak0n yang pernah menempa nama dalam industri hiburan suatu ketika dahulu?. Beliau mula membina nama selepas
awal kemunculannya dalam rancangan Roda Impian terb1tan Astro yang bergandingan dengan Halim Othman sekitar tahun 1999 hingga 2003 dahulu.
Beliau telah menarik minat ramai penonton dengan keayuan dan kelembutannya dalam siri drama lak0nannya. Ini adalah perkembangan terkini pemilik nama Siti Shahrizah untuk tatapan anda.
Pasti ramai peminat drama dan seni tanah air merindui lak0nan dan wajah penuh kelembutan milik pelak0n cantik, Siti Shahrizah atau lebih dikenali sebagai Eja.
Kelibat terakhir Eja di layar perak adalah menerusi drama Seputih Qaseh Ramadan pada tahun 2006 bersama pelak0n Arash Mohamad dan Ifa Raziah.
Eja mula memperlahankan penglib4tan nya dalam dunia seni selepas dia dikurniakan cahayamata apatah lagi selepas dia berhijab.
Dalam satu temubualnya bersama majalah N0na, Eja mengakui walaupun hidupnya penuh glam0r, dirinya benar-benar rasa sunyi dan sepi dan mungkin sebab itu Allah sedang mendidiknya untuk melep4skan cinta dunia.
Maka sebab itu dia lebih suka bersendiri jauh dari dunia glam0r yang pernah dikecapi dahulu.
“Memang ada mendengar kata-kata kecil saya sudah tidak mahu bergaul lagi atau sudah s0mbong. Saya bukan begitu, sebenarnya mahu betul-betul manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.”ulas Eja.
Akui Eja, sejak bergelar ibu, tumpuan terhadap anak, Nur Eishal bukan sekadar 100 peratus bahkan lebih daripada itu terutamanya apabila Nur Eishal sudah memasuki alam persek0lahan pada tahun 2016.
Demi memastikan anak tersayang menerima didikan sebaiknya, Eja sanggup tidak menerima sebarang t4waran berlak0n dan tidak terlibet dengan apa-apa aktiviti.
Eja yang kemunculannya mula dikenali menerusi game show, R0da Impian,pernah juga membintangi beberapa filem antaranya Bilut, Sara,
Anak Mami the Movie, Eja cukup sin0nim dengan watak wanita Timur yang sarat kelembutan dek kerana wajah ayunya dan tutur kata yang s0pan.
Sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, Eja yang juga isteri kepada usahawan Mohd Silahuddin Jamaluddin turut pernah mengg0ndol anugerah Pelak0n Wanita Terbaik menerusi filem J4nin dalam Festival Filem Malaysia (FFM 24).
Berusia 49 tahun pada 18 Januari lalu, Eja memanjatkan kesyukuran apabila diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu agama.
“Bila kita sudah ada ilmu… segala tindak t4nduk kita, perkataan kita itu sudah ada asas.
Maknanya tindak-t4nduk dan kata-kata kita tu menunjukkan orang yang sudah berilmu.”
Mengulas lanjut mengenai peranan seorang wanita Muslimah, Eja berpendapat,
“Kalau dilihat, untuk seorang wanita kalau jadikan diri kita sebagai wanita Islam untuk masuk syurga itu sangat mudah dan berkeluarga itu adalah
sal4h satu daripada jih4d kita dan membuat kerja rumah itu juga adalah jihad kita dan pah4la kita sangat besar di situ.
Bagi saya sendiri, saya tak tahu itu semua. Kalau tahu.. saya ber4nak banyak,” sel0rohnya.
Mengintai laman media s0si4l Eja, sememangnya wanita anggun ini jarang mengemas kini perkembangan terbaharu mengenai dirinya. Kebanyakan p0sting Eja lebih berkisar kepada kehidupan Nur Eishal dan perkara-perkara yang berbentuk nasihat atau islamik.
Antara drama lak0nan Eja dahulu adalah R4hsia Demi R4hsia yang merupakan drama yang berjaya melonjakkan nama Eja, selain itu ialah Salam Taj Mahal,
Kiranya Aku Tahu dan lain lain lagi. Beliau juga terlib4t dalam pembikinan filem dan antara lakonannya adalah dalam filem Anak Mamie The Movie.
Sumber: malay.mail.com