Kasih ibu membawa ke syurga. Mngndung 9 bulan dan kemudian bert4rung nywa melahirkan anak, pengorb4nan seorang insan bergelar ibu tiada tolok bandingnya.
Apatah lagi jika bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak sendirian, pastinya ia bukanlah tugas mudah dan memerlukan pengorb4nan besar.
Demikian juga dirasai oleh pelakon Didie Alias, sepanjang 10 tahun menjadi ibu tunggal, dia pernah berdepan kesemp1tan hidup sehingga mem4ksanya mel4kukan dua pekerjaan demi meny4ra keluarga.
” Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal. Akulah emak, akulah bapa untuk mencari rezeki demi membesarkan lima anak, sekolahkan dan didik mereka.
” Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sampai anak-anak pun tak tahu aku ni ada duit ke tak? Aku kuat kerana mereka. Sampaikan ada dua orang anak aku sebelum ni tak mampu hantar dia orang ke tadika fasal aku tak ada duit.
” Membesarkan lima orang anak semasa itu buat aku rasa… Ya Allah mampu ke aku? Siang aku kerja pejabat, petang aku berniaga sate di kaki lima area rumah aku.
Tak ada kawan atau famili, aku tak nak mereka tahu aku sus4h ters3ksa jadi biarlah aku yang t4nggung,” katanya.
Pelakon dan pengacara ini berkongsi pengalaman hidupnya itu menerusi Instagram pada Jumaat.
Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik slip keputusan cemerlang anak sulungnya, Nurdhaniyah yang baharu sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana di sebuah universiti.
Dalam pada itu, Didie turut melu4hkan rasa syukur kerana segala kep3ritan dan ujian yang dilalui dahulu akhirnya dibalas dengan kebahagiaan.
” P3rit getir yang aku alami sebelum ini Allah balas dengan kesenangan dan kebahagiaan hidup… walaupun aku tak kaya raya, tapi cukup untuk aku berada di dunia sementara ini, InsyaAllah.
Didie bangga melihat pencapaian cemerlang anaknya dalam pengajian.
” Terima kasih Allah, terima kasih anak-anak syurgaku kerana menjadikan mommy seorang ibu yang sangat dihorm4ti sekarang. Masa menaip ni pun air mata aku meleleh dengan sendiri,
aku bangga dengan anak-anak aku dan sanggup buat apa sahaja untuk mereka.
” Mereka balas dengan kejayaan, syukur Alhamdulillah… tahniah kakak menjadi pendorong dan semangat untuk adik-adik kamu,” ujarnya.
Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelak0n Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpis4h pada tahun 2000.
Hasil perk4hwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.
Sumber:HM