Pelanggan Hotel Order Makanan , Tiba2 Walker Jalan Kaki 7Km Hantar . Tak Bu4ng Masa Lepas Dapat Hadiah Basikal Terus Sambung Cari Rezeki .

VIDEO memaparkan se0rang walker Foodpanda yang berjalan kaki demi menghantar makanan buat pelanggan di Kota Kinabalu, Sabah, mengundang seb4k dalam kalangan net1zen.

Video tul4r itu turut meraih perhat1an aktivis kebajikan terkenal, Adrian Edy, 27, yang segera menjejakinya untuk menyampaikan sumbangan pada Khamis lalu.

Ketika dihubungi mStar, anak jati Sabah yang mesra disapa Edy itu sempat bercerita mengenai detik pertemuannya dengan walker Foodpanda berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Minggu lepas dia berjalan kaki hantar makanan untuk pelanggan ke sebuah hotel. Pelanggan terkejvt dia jalan kaki sebab jarak restoran agak jauh, dalam enam ke tujuh kilometer (km).

“Pelanggan rak4m video dia sedang berjalan sebab rasa kes1an. Selepas video vir4l, ramai tag saya supaya cari dia. Akhirnya dapat jumpa dia selepas seminggu video tu vir4l.

“Namanya Khairudin atau Khai, berumur 23 tahun, asal dari Semporna, tapi sekarang kerja di Kota Kinabalu,” Edy memulakan cerita.

Dia sebenarnya sedang simpan duit nak beli basikal. Tapi duit tu belum cukup lagi.

Menurut Edy lagi, pemuda berkenaan yang juga anak ketiga daripada lapan beradik gigih bekerja sejak lima bulan lalu demi menyara keluarga.

Selain membayar kos sewa bilik, pendapatannya juga turut dibahagikan dengan keluarga di kampung memandangkan bapanya sudah lama mningg4l dunia.

“Dia sewa bilik RM380 sebulan di Kota Kinabalu. Baru lima bulan jadi walker. Setiap bulan dia kirim duit untuk ibu dan adik-adiknya di Semporna.

“Rupa-rupanya dia t4nggung keluarga sebab ayahnya dah mningg4l ketika dia umur 12 tahun,” cerita Edy lagi.

Sebelum pertemuan itu, Edy juga sempat bertanya kepada Khai sekiranya dia mempunyai lesen kerana mahu menghadiahkan sebuah motosikal untuknya.

Namun kata Edy, Khai meminta agar dia memberikan basikal sahaja memandangkan dirinya belum berkesempatan untuk mendapatkan lesen memandu.

Edy aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Sabah.

“Mula-mula tu saya tanya dulu, Khai pandai bawa motor ke? Ada lesen tak? Sebab saya berniat nak bagi sebuah motor.

“Tapi dia kata bagi basikal je. Sebab dia tak tahu lagi bila nak ambil lesen. Kata Khai lagi, nak buat lesen pun mahal.

“Duitnya banyak dihantar untuk ibu setiap minggu. Lebih sayu, dia sebenarnya sedang simpan duit nak beli basikal. Tapi duit tu belum cukup lagi.

“Jadi, setiap hari dia jalan kaki untuk bekerja dari 8 pagi sampai 9 malam. Kalau lokasi tu jauh sangat, dia terp4ksa order Grab pula untuk naik kereta ke rumah pelanggan,” dedah Edy.

Pertemuan penuh emosi antara Edy dan Khai pada minggu lalu.

Biarpun sudah dapat mengagak hadiah yang bakal diterimanya, Khai tetap terkejvt dan beremosi tatkala Edy menyelak kain biru yang menutupi sebuah basikal baharu untuknya.

“Saya sengaja sembunyikan basikal di sebalik kain tu. Bila dia buka, terus berubah air muka Khai. Memang sed1 sebab dah lama dia nak beli cuma tak mampu lagi. Nampak dia betul-betul bersyukur.

“Kemudian bila saya hulur duit belanja sikit, terus dia men4ngis. Lebih sayu, lepas dapat basikal tu terus dia sambung kerja, pergi hantar makanan pelanggan.

“Petang tu dia WhatsApp saya, dia kata sekarang lebih cepat hantar pesanan sebab dah ada basikal,” ujar Edy lagi.

Sumber:Mstar