Kekuatan seorang wanita mungkin tidak terletak pada fizikal tetapi semangatnya. Biar diuji dengan apa juga cab4ran. Pasti mampu mel4luinya apatah lagi jika perlu ku4t demi anak-anak tersayang.
Kehebatan insan bergelar ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Dengan keazaman yang kuat untuk menyediakan yang terbaik demi keluarga, seorang ibu s4nggup mel4kukan apa saja termasuklah mel4kukan pekerjaan yang dipelopori oleh kaum lelaki.
Tampak lemah lembut dengan penampilannya yang berniqab tidak menjadi pengh4lang buat Nurazlinda Mahadi untuk menjadi pemandu lori kontena demi meny4ra lima orang anaknya.
Melalui akaun TikT0k nur87ladytruckers, ibu kepada empat orang cahaya mata perempuan dan seorang anak lelaki ini memberitahu bahawa dirinya ibu dan ayah pada masa yang sama.
Di rumah berperanan sebagai ibu tetapi ketika waktu siang menjalankan t4nggungjawab sebagai seorang ayah mencari n4fkah buat mereka sekeluarga.
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata.”
Biarpun s1buk dengan urusan kerja dan keluarga namun wanita tabah ini memuji kebesaran Allah SWT yang memberinya kekuatan untuk terus berjuang demi anak-anaknya yang masih kecil.
“Malam-malam balik kerja, anak yang kecil bangun. Pagi-pagi bangun pergi kerja semula. Bila waktu Nur rehat? Besarnya kebesaran Allah, diberikan kekuatan untuk uji4nnya. Agar kita bersyukur, Allah takkan uji di luar kemampuan hamba-Nya.”
Teruja bila tengok ibu hebat ini memandu lori kontena, bukan biasa-biasa! Bukan semua mampu mel4kukannya. Didoakan agar Nurazlinda terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
Sumber:Keluarga