Memang bukan mudah untuk menyambung pengajian peringkat tertinggi iaitu PhD dalam pada masa yang sama turut menggalas t4nggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu pada anak-anak yang masih kecil.
Pastinya memerlukan peng0rbanan yang besar dan semangat gigih yang luarbiasa dalam mencapai cita-cita ini.
Membesarkan 8 Orang Anak
Ternyata, wanita berusia 38 tahun ini sungguh memberi inspirasi apabila apabila berjaya
menamatkan pengajian PhD dengan cemerlang dalam tempoh 3 tahun setengah dari UiTM pada 10 September lepas.
Dr.Zatilfarihiah Rasdi berjaya menyelesaikan peny3lidikan bi0kimia pergigiannya, pada masa yang sama turut membesarkan lapan orang anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga 14 tahun.
“Anak yang sulung masih bersekolah dan yang kecil baru sahaja berusia satu tahun sembilan bulan. Jika diingatkan semula, saya tidak dapat membayangkan
bagaimana saya dapat mel4lui ini semua, ia sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya mempunyai anak kecil,” kata Dr.Zatilfarihiah.
Selain menjalankan t4nggungjawab sebagai ibu dan pelajar PhD, Dr.Zatilfarihiah juga menjalankan t4nggungjawab sebagai seorang pensyarah pergigian di sebuah kolej tempatan.
Katanya, cabaran membesarkan anak-anak menjadikannya lebih berdis1plin dalam bab pengurusan masa.
Peng0rbanan yang paling banyak dil4kukan oleh Dr.Zatilfarihiah sepanjang tempoh pengajian PhD ialah masa rehat. Selain memastikan
tugas dan peny3lidikan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan, dia juga memberikan tumpuan sebaik-baiknya pada keluarganya.
Daftar Pengajian PhD 2017
Kata Dr.Zatilfarihiah, sebenarnya membesarkan anak sambil belajar bukanlah perkara mudah. Pada April 2017 ketika dia mula-mula mendaftar untuk pengajian PhD,
dia sudah mempunyai lima orang anak dan sepanjang pengajiannya, dia mel4hirkan tiga orang anak lagi.
Meng4ndung, bers4lin sambil belajar adalah cabaran yang harus ditempuhi namun semua itu tidak memat4hkan semangatnya untuk meneruskan pengajian. Baginya apa yang dilaluinya itu adalah rahmat Tuhan buat dia dan keluarganya.
Hampir setiap hari, Dr.Zatilfarihiah akan bangun untuk menelaah pelajaran dan menyiapkan thesis pada jam 2 pagi. Kemudian pergi ke makmal pada jam 8 pagi hingga 5 petang untuk menyiapkan kertas kajian dan menjalankan eksp3rimen.
Dia meng4ku perkara tersebut memen4tkannya namun dia bersyukur kerana sebagai seorang pensyarah dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Sokongan Suami & Keluarga
Menurut Dr.Zatilfarihiah, suaminya sangat menyokong perjalanannya sebagai pelajar PhD.
Ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya juga turut sama memb4ntu menjaga anak-anaknya ketika dia s1buk menjalankan tugas.
Sumber:MM