Alhamdulillah Tahniah Rashidi Isyak Akhiri Zaman Duda Telah Berkahwin Dengan Pengarah “Kampung People”

PELAK0N Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat berk4hwin dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin pada Khamis.

Menerusi akaun Instagram anaknya iaitu Maryam Rashika, Rashidi dilihat tampan mengenakan baju Melayu berwarna puith.

“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan D0ktor Martens di majlis k4hwin ayahnya,” katanya.

Rashidi Ishak kembali bergelar suami orang.

Perkara yang sama dikongsikan oleh anak lelakinya, Mikhail Imran yang turut dipercayai berada di majlis berkenaan dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosi4l bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi foto di Fb mendoakan kebahagiaan pas4ngan berkenaan.

Dalam foto itu, Rashidi dan juga isteri mengenakan baju sedondon berwarna putih duduk di atas pelamin.

“Semoga bahagia ke akhir h4yat,” katanya.

Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkahwinan itu belum berjaya apabila panggilan dibuat tid4k berjawab.

Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanida Imran pada 1 Oktober 2000 dan sah bercer4i pada 9 Ogos 2018.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Untuk info, drama bersiri Kampung People yang bersiaran di TV3 merupakan arahan Wan Hasliza dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein dan Riena Diana.

Sumber:Mstar